12 Ogos 2010

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA
Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.


Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Pengistiharan Kemerdekaan
Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.
Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.
7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.
9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.
Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.
Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.
Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.
Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai

05 Ogos 2010

SEJARAH KOTA JOHOR LAMA

Tapak Kota Johor Lama terletak di tebing kiri Sungai Johor kira-kira 27 km dari Bandar Kota Tinggi atau kira-kira 30 km dengan jalan darat melalui Jalan Desaru ke Teluk Sengat. Kota ini terletak di kawasan ladang getah atas tebing muara Sungai Johor. Terdapat juga beberapa buah perkampungan Melayu seperti Kampung Teluk Sengat dan Kampung Johor Lama.

Gambar: Muzium Kota Johor Lama

Sejarah Kota Johor Lama bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Johor kedua 1528-1564) berpindah ke Tanjung Batu yang terletak di tepi Sungai Johor. Baginda mendirikan sebuah kota yang dibina daripada susunan batu dan kemudian ditambak. Apabila  kota ini dibina, kerajaan Johor pada masa itu menjadi sebuah kerajaan yang kuat sehingga dapat mematahkan serangan Acheh beberapa kali.

Oleh kerana Kota Johor Lama boleh mengancam Portugis, kota ini telah diserang oleh Portugis.Paulo de Lima Pareira melaporkan bahawa dalam peperangan tersebut, Portugis memusnahkan langsung pusat pemerintahan Kota Johor Lama lalu dibakar dan Kota Batunya dimusnahkan. Beliau telah merampas 800 pucuk meriam gangsa, emas, perak, 1,200 buah perahu besar dan kecil dan sebagainya. Menurutnya kapal yang membawa rampasan perang ini telah karam di perairan Indonesia. Sejak dari tarikh itu pusat pemerintahan di Tanjung Batu dengan Kota Batunya yang gagah tidak lagi dijadikan ibu negeri oleh sultan-sultan Johor yang berikutnya.

Kota Johor Lama terbiar buat seketika hinggalah zaman pemerintahan Sultan Ibrahim (1677-1685). Pada tahun 1678, Laksamana Tun Abdul Jamil Paduka Raja (bapa mertua Sultan Ibrahim) telah datang ke Johor Lama dari Siak dan membunuh Temenggong. Sultan Ibrahim telah cuba membina semula Johor Lama dan memindahkan pusat pemerintahan ke sana tetapi tidak tercapai kerana mangkat di Riau pada 16 Februari 1685. Kota Batu Johor Lama menjadi tempat bersemayan sementara Sultan Mahmud Shah II (1685-1699). Pada ketika itu pusat pemerintahan baginda terletak di Pasir Raja, Kota Tinggi (Kampung Makam sekarang). Selepas baginda mangkat Kota Johor Lama tidak digunakan lagi.

Gambar: Artifak yang terdapat tapak Kota Johor Lama


Kegemilangan Kota Johor Lama di dalam sejarah pemerintahan kesultanan Melayu Johor tidak boleh dipandang ringan. Ia pernah menjadi ibu negeri sebanyak dua kali iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah selama 24 tahun (1540-1564), dan pada zaman kemuncak kegemilangan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II selama 13 tahun (1574-1587). Pada ketika ini yang wujud hanyalah tinggalan kota yang dipulihara berterusan. Kemakmuran dan kemegahan dan kemegahan kesultanan Melayu di Kota Batu (Johor Lama) musnah ditelan zaman. Apa yang tinggal hanyalah sebuah perkampungan yang sunyi, tenang dan damai.

Sultan Alauddin Riayat Shah II akhirnya tewas juga ditangan Acheh di bawah Sultan Alauddin Riayat Shah Al-Qahhar dalam satu peperangan yang sengit. Sultan Alauddin Riayat Shah II telah dibawa ke Acheh lalu dihukum bunuh pada tahun 1564. Pada tahun 1564 dengan perkenan Sultan Acheh, anak almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah II iaitu Radin Badar telah ditabalkan menjadi Sultan Johor yang ketiga bergelar Sultan Muzafar Shah. Selepas setahun bersemayan di Kota Johor Lama, Baginda memindahkan pusat pemerintahan ke Seluyut sehingga baginda mangkat pada 1570. Baginda telah digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Shah I. Semasa ditabalkan baginda berusia lapan tahun dan segala urusan pentadbiran kerajaan dijalankan oleh Bendahara Seri Maharaja Tun Hisap Misai. Sultan Abdul Jalil I, Sultan Johor keempat mangkat selepas setahun ditabalkan iaitu pada tahun 1571.

Gambar: Lagi Artifak yang ditemui ditapak Kota Johor lama


Raja Umar telah ditabalkan menjadi Sultan Johor yang kelima dengan gelaran Sultan Ali Jalla Shah II. Baginda memerintah dari tahun 1571-1597. Pada tahun 1573 baginda bersemanyan semula di Kota Johor Lama dan membaikpulih kota pertahanan yang telah ditinggalkan selama sembilan tahun (1564-1573). Semasa pemerintahan baginda, Johor telah bersahabat semula dengan Acheh. Perhubungan ini tidak disenangi oleh Portugis di Melaka lalu Portugis menyerang Kota Johor Lama pada tahun 1576 dan 1578.

Kedua-dua serangan ini telah dapat ditumpaskan oleh tentera-tentera Johor. Semasa pemerintahan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil, Baginda beberapa menyerang Portugis di Melaka. Jika bukan kerana sokongan tambahan orang-orang Portugis dari Goa India, besar kemungkinan Melaka dapat ditakluk semula. Johor yang dianggap sebagai ancaman kepada Portugis di Melaka akhirnya telah diserang dan ditewaskan oleh Portugis pada 15 Ogos 1587. Johor Lama telah dikepung selama hampir satu bulan oleh angkatan Portugis yang besar di bawah pimpinan Siamo de Abreu da Antonio de Noroha. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil berundur dan membina pusat pemerintahan baru di Batu Sawar sehingga baginda mangkat pada tahun 1597

SULTAN-SULTAN, MENTERI BESAR DAN RESIDEN BRITISH DIJOHOR

SULTAN-SULTAN JOHOR 1528-2010

1. Alauddin Riayat Shah II 1528 - 1564

2. Muzaffar Shah II 1564 - 1570

3. Abdul Jalil Shah I 1570 - 1571

4. Ali Jalla Abdul Jalil Shah II 1571 - 1597

5. Alauddin Riayat Shah III 1597 - 1615

6. Abdullah Ma'ayat Shah 1615 - 1623

7. Abdul Jalil Shah III 1623 - 1677

8. Ibrahim Shah 1677 - 1685

9. Mahmud Shah II 1685 - 1699

10.Abdul Jalil IV (Bendahara Abdul Jalil) 1699 - 1720

11.Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil) 1718 - 1722

12.Sulaiman Badrul Alam Shah 1722 - 1760

13.Abdul Jalil Muazzam Shah 1760 - 1761

14.Ahmad Riayat Shah 1761 - 1761

15.Mahmud Shah III 1761 - 1812

16.Abdul Rahman Muazzam Shah 1812 - 1819

17.Hussain Shah (Tengku Long) 1819 - 1835

18.Ali* 1835 - 1877

19.Raja Temenggung Tun Ibrahim* 1855 - 1862

20.Abu Bakar 1862 - 1895

21.Ibrahim 1895 - 1959

22.Ismail 1959 - 1981

24.Mahmud Iskandar Al-Haj 1981 - 2010




MENTERI-MENTERI BESAR JOHOR 1920 - KINI

Tahun                             Nama

1920 - 1922 YAB Dato’ Mohamed bin Mahbob

1923 - 1928 YAB Dato’ Abdullah bin Jaafar

1931 - 1934 YAB Dato’ Abdul Hamid bin Yusuf

1935 - 1947 YAB Ungku Abdul Aziz bin Abdul Majid

1947 - 1950 YAB Dato’ Onn Jaafar

1952 - 1955 YAB Dato’ Syed Abd. Kadir bin Mohamed

1955 - 1959 YAB Dato’ Idris bin Ibrahim

1959 - 1967 YAB Tan Sri Hj. Hassan Yunus

1967 - 1982 YAB Tan Sri Othman bin Mohd Saat

1982 - 1986 YAB Datuk Abdul Ajib bin Ahmad

1986 -1995 YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Yassin

1995 - kini YAB Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman



SENARAI RESIDEN BRITISH DI JOHOR


1.Douglas Graham Campbell- 1885 - 1914 (tidak diiktiraf oleh Sultan Johor)

2.F G Weld (pemangku - 1914 - 1916)

3.Douglas G Campbell (1916 - 1917)

4.F J Hallifax (pemangku - 1917 - 1918)

5.J F Owens (1918 -1921)

6.Hayes Marriot (1921 - 1926)

7.Charles Walter Hamilton Cochrane (1926 - 1928)

8.George Ernest Shaw (1928 - 1931)

9.Richard O. Winstedt (1931 - 1935)

10.Walter Evelyn Pepys (1935 - 1940)

11.W.D. Barron (1940 - 1941)

29 Julai 2010

PERISTIWA YANG TELAH DAN AKAN MENJADI SEJARAH

KITA TELAH DAN AKAN TERUS MENCIPTA SEJARAH.
KITA TIDAK BOLEH LARI DARI SEJARAH WALAUPUN KITA CUBA MEMBENCINYA


  PROGRAM 2009
(telah menjadi sejarah panitia)
En.Shamsul Ihtihsham bin Musa
menyampaikan ceramahnya.

                       


                


PROGRAM 2010
(akan menjadi sejarah panitia)




SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2009
(kita telah pun mencipta sejarah. sejarah
yang kita cipta hari ini akan dilupakan kalau tidak
dirakamkan/direkodkan)


BERITA HARIAN ONLINE