SPM

SEBAHAGIAN DARIPADA CONTOH BENTUK SOALAN SPM

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
KOLEKSI SOALAN SEBENAR
SEJARAH SPM
1249/1
TAHUN 2007
KERTAS 1
Masa : I jam

ARAHAN : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

1 Antara yang berikut, yang manakah sumbangan tamadun Mesir Purba?
I Kolar kuda
II Pedati beroda
III Sistem Kalendar
IV Tulisan hieroglif

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

2 Andaikan anda seorang pembesar pada zaman Dinasti Chou di China.
Apakah yang anda lakukan untuk membuktikan kesetiaan anda kepada raja?

I Melindungi raja
II Menyerahkan ufti
III Melafazkan taat setia
IV Memberi bantuan ketenteraan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

• Berbentuk kubah
• Siap semasa Maharajá Flavian
• Tempat pertarungan pahlawan

3 Maklumat di atas merujuk kepada binaan

A Pantheon
B Aqueduct
C Acropolis
D Colloseum

4 Andaikan anda seorang ahli Dewan Senat dalam sistem republik di Rom pada tahun 509 S.M.
Apakah tugas anda?

A Merangka undang-undang
B Mencadang dasar kerajaan
C Melantik pegawai pentadbir
D Mengatur strategi ketenteraan

5 Apakah faktor yang mneyebabkan kerajan Angkor menjadi sebuah kerajaan ulung di Asia Tenggara?
I Perancangan bandar teratur
II Terlindung daripada bencana alam
III Berhampiran Tasik Tonle Sap
IV Iklim sesuai untuk pertanian.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

• Nagarakertagama
• Hikayat Pendawa Lima

6 Senarai di atas merujuk kepada hasil kesusasteraan di Asia Tenggara.
Apakah yang dapat di simpulkan berkaitan dengan hasil kesusasteraan tersebut?

A Dipengaruhi unsur India
B Ditulis golongan pendeta
C Diminati para bangsawan
D Dijadikan dasar perundangan

7 Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan r.a berjaya meluaskan wilayah Islam?

A Semangat jihad dipupuk
B Armada laut diperkukuh
C Perkahwinan politik digalakkan
D Perjanjian dengan pemimpin tempatan dimeterai


Pemimpin 1 : Kita perlu menentang Muhammad habis-habisan kerana dia
menggugat kedudukan kita sebagai pemimpin.

Pemimpin 2 : Ya, tambahan pula ajarannya bertentangan dengan amalan nenek
moyang kita.

8 Dialog di atas mungkin berlaku antara pemimpin Quraisy di Makkah.
Apakah kesannya terhadap Nabi Muhammad s.a.w?

A Penyebaran Islam tersekat

B Perjanjian damai dimeterai
C Penghijrahan baginda ke Habsyah
D Pemulauan terhadap keluarga baginda

Tahun                    Peristiwa
627 Masihi            Perang Khandak

9 Jadual di atas berkaitan dengan peperangan yang berlaku antara orang Islam
dengan pihak Quraisy Makkah.
Apakah strategi Nabi Muhammad s.a.w dalam peperangan tersebut?

A Menggali parit
B Perang Gerila
C Serang hendap
D Membina tembok

Tahun                            Peristiwa
630 Masihi                    Nabi Muhammad s.a.w membuka semula kota Makkah

10 Apakah kepentingan peristiwa di atas terhadap kerajaan Islam Madinah?

A Meningkatkan kemajuan ekonomi
B Penerusan sistem kabilah
C Memperkukuhkan negara
D Pertambahan penduduk

Istilah                              Maksud
Mudejar               Orang Islam setempat yang tinggal dalam kawasan pemerintahan orang Kristian
Mozarab              Golongan tempatan yang beragama Kristian yang mengamalkan kebudayaan Islam.

11 Berdasarkan maklumat di atas, apakah kesimpulan yang dapat dibuat?

A Kebudayaan Islam mempengaruhi kehidupan masyarakat
B Bahasa Arab digunakan oleh sebahagian masyarakat
C Perkembangan ilmu pengetahuan meluas di Eropah
D Perluasan kawasan penaklukan Islam

12 Apakah sumbangan Ibn Battuta yang menjadi rujukan sehingga kini?

A Merancang strategi peperangan
B Mengasas teori matematik
C Memperkenalkan ilmu perubatan
D Mencatat fakta pengembaraan dengan tepat

13 Mengapakah Sultan Mansur Shah menghantar kitab al-Dur al-Manzum ke
Sumatera- Pasai?

A Untuk dibahaskan
B Sebagai mas kahwin
C Untuk diterjemahkan
D Sebagai tanda persahabatan

Menentukan kemajuan perdagangan   X     Berurusan dengan pedagang

14 X dalam rajah di atas ialah jawatan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah jawatan tersebut?

A Temenggung
B Syahbandar
C Laksamana
D Bendahara

Motif Seni Ukiran Orang Melayu 
Sebelum Islam                                         Selepas Islam
Binatang seperti burung dan ayam                   X

15 Jadual diatas menerangkan perubahan motif dalam seni ukiran orang Melayu selepas kedatangan Islam.
Apakah X ?

I Tumbuh-tumbuhan
II Cakerawala
III Geometri
IV Bunga-bungaan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

16 Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani pada tahun 1494. Apakah kesan perjanjian tersebut?

A Kemunculan negara baru
B Keruntuhan institusi beraja
C Pembayaran pampasan perang
D Pembahagian kawasan pengaruh

       Kemerosotan pengetahuan
X    Kemerosotan perdagangan
      Kemerosotan kehidupan perbandaran

17 Rajah di atas menerangkan keadaan Eropah selepas kejatuhan tamadun Rom.
Apakah Zaman X?

A Zaman Renaissance
B Zaman Pertengahan
C Zaman Peralihan
D Zaman Gelap

18 Berdasarkan rajah diatas, apakah implikasinya terhadap ekonomi Tanah Melayu?

I Kewujudan sistem dwiekonomi
II Kehadiran buruh Cina
III Pembangunan seluruh Tanah Melayu
IV Peningkatan pendapatan orang Melayu

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV



BERITA HARIAN ONLINE