SEBAHAGIAN DARIPADA BENTUK SOALAN SEJARAH BAGI PEPERIKSAAN PMR
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
SEJARAH
TAHUN 2007
Masa : Satu jam lima belas minit
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C, dan D. Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada jawapan objektif anda...
1 Cucu: Nenek, bagaimanakah kesengsaraan hidup pada zaman pendudukan Jepun?
Nenek: Seksanya hidup pada zaman itu. Nenek makan ubi kayu sahaja.
Dialog diatas menunjukkan penggunaan kaedah lisan dalam mendapatkan maklumat sejarah.
Apakah kelemahan maklumat sejarah yang diperoleh melalui kaedah di atas?
I. Wujud tokok tambah
II. Orang sumber berbeza
III. Kesahihan fakta diragui
IV. Terkandung unsur mitos
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
2. • Zaman Neolitik
• Zaman Logam
Senarai di atas merujuk kepada Zaman Prasejarah. Apakah persamaan aktiviti kedua-dua zaman tersebut?
I. Berpindah-randah
II. Bercucuk tanam
III Perdagangan
IV. Penternakan
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
3. Kerajaan Awal di Asia Tenggara
• Srivijaya
• Kedah Tua
• Majapahit
Mengapakah kerajaan di atas maju dalam bidang perdagangan?
A. Mendapat bantuan kerajaan asing
B. Hubungan diplomatik yang kukuh
C. Masyarakat mahir membina kapal
D. Kaya dengan hasil pertanian
4. • Pokok bakau
• Pokok api-api
Maklumat di atas berkaitan dengan pokok yang dijadikan benteng pertahanan di Melaka. Apakah nilai yang dapat anda kaitkan dengan kewujudan pokok tersebut?\
A. Kebangggaan
B. Kesyukuran
C. Keberanian
D. Ketabahan
5. Tahun Pembesar China yang melawat Melaka
1404 Laksamana Yin Cheng
1405 Laksamana Cheng Ho
Apakah faedah lawatan tersebut terhadap Melaka?
A. Mendapat perlindungan
B. Memperoleh tenaga buruh
C. Memperoleh bahan makanan
D. Menerima cukai perdagangan
6. ”Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu.” Sumber : Sejarah Melayu
Pernyataan di atas menggambarkan suasana yang sibuk di Pelabuhan Melaka.Mengapakah situasi tersebut berlaku?
A. Kecekapan sistem pentadbiran
B. Penggunaan sistem mata wang
C. Lokasi yang strategik
D. Surat kebenaran berniaga dikeluarkan
7. Tokoh Tindakan
Tun Perak Mengarahkan pengikutnya membawa keluarga masing-masing berpindah
ke Melaka bagi menghadapi serangan Siam
Jadual di atas merujuk kepada tindakan Tun Perak dalam menghadapi serangan Siam pada tahun 1445.
Mengapakah beliau mengambil tindakan tersebut?
A. Menakutkan pihak lawan.
B. Melengahkan pergerakan musuh.
C. Menaikkan semangat angkatan tentera.
D Menambah bilangan penduduk.
8.
Faktor kejayaan Portugis
1.Tentera terlatih
2.Bantuan dari Luar
3.Kepimpinan Alfonso de Albuquerque
4.X
Rajah di atas merupakan faktor kejayaan Portugis menawan Melaka pada tahun 1511. Apakah X?
A. Mempunyai askar upahan.
B. Menggunakan senjata moden.
C. Menerima sokongan peribumi
D. Membina kubu pertahanan
9. Tuntutan Alfonso de Albuquerque
1.Membebaskan tawanan
2.Membayar ganti rugi
3.X
Rajah di atas menunjukkan tuntutan Alfonso de Albuquerque kepada Sultan Melaka.
Apakah X?
A. Mendirikan gereja
B. Membina kubu
C. Meluaskan pelabuhan
D. Memperbanyak gudang
10. Bagaimanakah orang Bugis mengukuhkan pengaruh mereka di Johor?
I. Menggubal undang-undang
II. Mengahwini anak raja tempatan
III. Mencampuri urusan pentadbiran
IV. Mendapatkan bantuan kuasa luar
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV