Arkeologi
Kawasan Arkeologi Abu Simbel Mesir
Arkeologi (dari Greek: αρχαιολογία - archaiologia, dari αρχαίος - archaios, "asal, purba, tua" dan λόγος - logos, "kajian") atau juga dikenali sebagai kaji purba merupakan satu bidang sains yang melakukan kajian mengenai kebudayaan pra-sejarah dengan cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalan.
Arkeologi pada masa sekarang merangkumi pelbagai bidang yang berkait dan pelbagai. Sebagai contoh, penemuan mayat yang ditanam akan menarik minat pakar dari pelbagai bidang untuk mengkaji tentang pakaian dan jenis bahan digunakan, bentuk seramik dan cara penyebaran, kepercayaan melalui apa yang dikebumikan bersama mayat tersebut, pakar kimia yang mampu menentukan usia tapak galian melalui pereputan unsur seperti karbon 14, pakar genetik yang ingin mengetahui pergerakan manusia purba, dan pelbagai bidang lainnya
Tinggalan 2,000-tahun Rom Purba di Itali
sedang digali dan dipeta oleh ahli arkeologi
Kawasan Arkeologi Abu Simbel Mesir
Peta menunjukkan lokasi Abu Simbel
Abu Simbel: Arca potret rasmi
Model menunjukkan kedudukan relatif
kuil Abu Simbel sebelum dan selepas pemindahan
Kuil Abu Simbel
Kawasan Arkeologi Lembah Bujang, Kedah
Tinggalan candi yang ditemui di Lembah Bujang
Artifak yang ditemui di Lembah Bujang