Konsep dan Pengertian Sejarah
Sejarah ialah penafsiran tentang peristiwa, masyarakat dan tamadun lepas. Istilah sejarah berasal dari Bahasa Arab "syajarah" [ﺸﺟﺭﺓ] yang bererti pohon atau pokok kerana konsep sejarah adalah berkait dengan salasilah keluarga yakni berbentuk akar pokok. Istilah ini dipadankan dengan istilah Inggeris history yang berasal dari bahasa Greek historia (ἱστορία), "satu cerita tentang seseorang," dan berkongsi etimologi dengan kata Inggeris story. 1911 Encyclopædia Britannica menyatakan bahawa "sejarah dengan maksud lebih luas ialah semua yang telah berlaku, bukan hanya semua fenomena kehidupan manusia, tetapi juga tentang dunia semulajadi. Segala yang mengalami perubahan, seperti yang ditunjukkan oleh sains moden bahawa tidak ada yang statik mutlak; oleh itu, seluruh alam semesta, dan setiap bahagiannya, mempunyai sejarahnya."
"Tiada yang baru di dunia kecuali sejarah yang anda tidak tahu."
—Harry S Truman
"Sejarah takkan kelihatan sejarah apabila anda hidup melaluinya."
—John W. Gardner
"Sejarah ialah sistem amaran awal yang luas."
—Norman Cousins
Sejarah merupakan pembelajaran mengenai masa lampau terutamanya menggunakan catatan bertulis. Teknologi baru seperti fotografi dan teks fail komputer juga digunakan untuk mengarkib sumber. Apabila berbincang mengenai bidang kajian, sejarah merujuk kepada sejarah manusia yang berkenaan catatan mengenai masyarakat lampau. Mereka yang mengkaji sejarah dikenali sebagai ahli sejarah atau pakar sejarah.
Pakar sejarah menggunakan pelbagai sumber termasuk penulisan atau bahan bercetak, temuramah (sejarah lisan) dan arkeologi. Pendekatan berbeza mungkin lebih kerap digunakan, bergantung kepada tempoh masa kajian tersebut dibuat. Sejarah yang berlaku sebelum rekod manusia dikenali sebagai pra-sejarah.
Kaedah lisan
Melalui cara ini , sejarawan mendapat maklumat sejarah melalui temu bual dengan sesorang tokoh. Selain itu, ucapan yang diucapkan oleh seseorang tokoh seperti Perdana Menteri atau tokoh budaya juga boleh dijadikan sebagai maklumat sejarah.
Kaedah lisan berkait rapat dengan tradisi sastera rakyat seperti mitos, lagenda, dan puisi. Sejarahwan yang mendapat atau menggunakan sumber ini lazimnya akan memilih, menafsir, dan membandingkan fakta bagi mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat yang diperolehi itu.
Proses ini dilakukan oleh ahli sejarawan kerana melalui kaedah lisan ini terdapat kelemahan apabila wujudnya tokok tambah yang dicampurkan dengan unsur dongeng, mitos dan sebagainya
Kaedah penulisanPenulisan boleh merujuk kepada dua kegiatan:
menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentukkan perkataan dan gagasan yang lain yang mewakili bahasa atau maklumat tercatat; dan penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui bahasa tulisan.
Terdapatnya beberapa kekecualian; umpamanya, penggunakan mesin taip untuk mencatat bahasa secara amnya dipanggil penaipan, dan bukannya penulisan. Penulisan merujuk kepada kedua-dua kegiatan itu, dan kedua-dua kegiatan itu boleh berlaku dengan serentak.Tulisan dapat membantu ahli-ahli sejarah untuk memperolehi maklumat mengenai zaman silam daripada sumber ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, logam, gading, dan kertas.
Sejarah merupakan pembelajaran mengenai masa lampau terutamanya menggunakan catatan bertulis. Teknologi baru seperti fotografi dan teks fail komputer juga digunakan untuk mengarkib sumber. Apabila berbincang mengenai bidang kajian, sejarah merujuk kepada sejarah manusia yang berkenaan catatan mengenai masyarakat lampau. Mereka yang mengkaji sejarah dikenali sebagai ahli sejarah atau pakar sejarah.
Pakar sejarah menggunakan pelbagai sumber termasuk penulisan atau bahan bercetak, temuramah (sejarah lisan) dan arkeologi. Pendekatan berbeza mungkin lebih kerap digunakan, bergantung kepada tempoh masa kajian tersebut dibuat. Sejarah yang berlaku sebelum rekod manusia dikenali sebagai pra-sejarah.
Kaedah lisan
Melalui cara ini , sejarawan mendapat maklumat sejarah melalui temu bual dengan sesorang tokoh. Selain itu, ucapan yang diucapkan oleh seseorang tokoh seperti Perdana Menteri atau tokoh budaya juga boleh dijadikan sebagai maklumat sejarah.
Kaedah lisan berkait rapat dengan tradisi sastera rakyat seperti mitos, lagenda, dan puisi. Sejarahwan yang mendapat atau menggunakan sumber ini lazimnya akan memilih, menafsir, dan membandingkan fakta bagi mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat yang diperolehi itu.
Proses ini dilakukan oleh ahli sejarawan kerana melalui kaedah lisan ini terdapat kelemahan apabila wujudnya tokok tambah yang dicampurkan dengan unsur dongeng, mitos dan sebagainya
Kaedah penulisanPenulisan boleh merujuk kepada dua kegiatan:
menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentukkan perkataan dan gagasan yang lain yang mewakili bahasa atau maklumat tercatat; dan penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui bahasa tulisan.
Spesimen fon dan bahasa set taip oleh William Caslon,
pengasas huruf; dari Cyclopaedia pada tahun 1728
Hikayat Hang Tuah
Sistem-sistem penulisan utama – kaedah-kaedah penulisan – secara amnya dibahagikan kepada empat kategori:
tulisan logo
suku kata
abjad
ciri.
Lagi satu kategori, ideografi (simbol untuk gagasan), tidak pernah diperkembangkan sehingga tahap yang mencukupi untuk mewakili bahasa. Yang keenam, iaitu piktografi tidak mencukupi untuk mewakili bahasa pada dirinya, tetapi seringnya menjadi teras untuk tulisan logo.
Selain daripada ini, terdapat juga pelbagai bentuk yang tidak begitu terkenal, seperti penulisan Letris yang terdiri daripada metagrafi (selepas penulisan) dan hipergrafi (penulisan super).
Kaedah arkeologi
Pusat arkeologi yang terkenal di negeri Kedah iaitu Lembah BujangKaedah arkeologi ialah cara mendapatkan maklumat berdasarkan kajian saintifik.Terdapat pelbagai cabang dalam bidang arkeologi, antaranya termasuk angkasa lepas, maritim, dan cari gali.
Ahli arkeologi mendapatkan maklumat melalui proses cari gali.Melalui kaedah ini ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah seperti fosil, binaan daripada batu, peralatan daripada logam, tembikar, seramik, dan kulit siput dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon,
Hasil daripada kaedah arkeologi ini , ahli arkeologi dapat membuat tafsiaran dan pentarikhan tentang budaya masyarakat melalui bahan tinggalan sejarah tersebut
Pusat akkeolgi di Lembah Bujang, Kedah